Wednesday, April 28, 2010

macam nie ke nak jadi cikgu?!

arinie aku dapat surat merah..precisely..surat merah nie dikeluarkan oleh pihak diktator [HEP] ke atas pelatih2 yang dirasakan..diulang..dirasakan telah melakukan kesalahan tatatertib..in their law of manners of course! so apa kesalahan aku..?? hmm...aku keluar makan kt luar but then aku tak tinggalkan pas keluar masuk kt pakguard..or should i call abg guard..?? euwww! so, sebagai hukumannya aku dilayangkan surat merah..as a 1st warning..ok fine..i don't really give a damn pon..lantaklah..dah buat salah..mengaku je lah kan...tapi yang aku rasa macam sedikit panas tue bila terpaksa tahan telinga dengar bebelan..or it is nasihat..? oh..whatever..
kenapa setiap kali kami-pelatih2 guru buat salah mesti kena cakap "macam nie ke nak jadi cikgu?" or something like "kamu nie nak jadi cikgu pun boleh buat mcm nie?" or "kamu kan nk jadi cikgu, takkan perangai cikgu macam nie kot?" eh,, hello kenapa mesti cakap macam tu? apa significantnya keluar makan tak letak kad keluar masuk dengan manner seorang cikgu?heh! (-.-") bila sembang dalam dewan or perhimpunan, bila tertidur dengar ceramah, bila pakai baju tak ikot etiket..mesti akan dengar benda yang sama..asyik2 ulang benda yang macam tu..sampai dah boleh hafal kot..true, you guys want us to be a good teachers in the future..but then perlu ke cakap suma tu..?? bkn cara nk mendidik la macam tu..kami yang buat salah...dengan kerelaan hati kami sendiri so jangan la salahkan profession peguruan tu....tapi salahkan kami..kami ok? cikgu2 lain tak da kena mengena dengan salah yang kami buat nie.. nak tegur fine, tapi tegur base on what we are..not who we are..lagipun cikgu xberhak buat salah ke?

by the way,, keluar malam2, berdua2an different gender dalam gelap tue tak salah ekh..? tak patot kena surat merah ekh..? sangat bertatatertib ke tu..? hmm..inilah jadinya bila hukum manusia mengatasi hukum tuhan...

Tuesday, April 27, 2010

they are from venus, we're from mars

....till death do us apart..
...we never get along..
....together..
....pretty bad, huh..?

aku insaf ya ALLAH!

Pelajar UIA mimpi bertemu Rasullulah
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani… Ya Allah..lancar jari ini menaipkan sebuah pengalaman yg amat berharga dr seorang insan yg dipilih Allah utk berjumpa Nabi Muhammad s.a.w. melalui mimpi hari Khamis, 16 Rejab 1427H bersamaan 10 0gos 2006.

Nama yg dipilih oleh ayah beliau adalah Syamimi yg bermaksud ‘kesayanganku’, jua gelaran Nabi pada puteri kesayangan Baginda, Fatimah. Ketika khilaf memilih nama itu, ayah beliau mengharapkan mudah2an suatu hari nanti anaknya akan menjadi salah seorang mutiara kesayangan Rasulullah s.a.w.

Alhamdulillah, doanya makbul selepas 23 tahun kelahiran anak sulungnya daripada 8 adik-beradik. Al-Quran 30 juzuk terpelihara kemas dalam hatinya. Beliau menghabiskan masa 3 tahun utk menghafal 30 juzuk Kalamullah ketika berada di negeri kelahirannya. Beliau hafal sendiri utk memenuhi harapan ibu ayah yang mengharapkan ada dalam kalangan anak mereka menjadi seorang hafiz atau hafizah. Sebagai anak sulung, beliau mengambil tanggungjawab ini utk menjadi contoh kpd adik2 yg lain. Setiap hari beliau hafal 2 mukasurat Al-Quran dan tasmi’ dgn ustaz di sebelah rumahnya. Sekarang beliau pelajar tahun 4 jurusan Undang-Undang Syariah di universiti ini.

Akak ni memang diuji dengan sakit yg tak tahu apa punca sejak lebih setahun yg lalu. Sakitnya rasa seperti ditikam-tikam dengan pisau di bahagian belakang tubuhnya, tambahan pula kaki yang sakit di bahagian lutut sejak 8 tahun lalu tidak pernah sembuh. Pernah satu ketika, selepas makan, beliau muntah bersama segumpal rambut dari kerongkongnya. Penderitaannya hanya Allah dan dia sendiri yang tahu. Sudah lama beliau tidak terdaya ke kelas kerana sakit itu membuatkan dia tidak dapat berdiri atau berjalan. Hilang selera makannya hingga badannya susut hampir 13 kg. Beliau hanya menggagahkan diri untuk pergi berwudhu’ 2 hingga 3 kali sehari. Wudhu’ itu dijaga sebaik mungkin untuk ibadah sepanjang hari.

Hari2 yang dilaluinya dipenuhi dgn membaca Al-Quran dan qiamullail sebagai pendinding daripada gangguan yg terus2an menyakiti diri. Diceritakan makhluk2 halus itu akan mengganggunya terutama pada waktu sebelum Subuh, Zuhur dan Maghrib. Beliau telah banyak berubat di merata tempat, berjumpa doktor2 pakar, malah ulama’ yg faqih dalam ilmu perubatan islam serta akhir sekali bertemu sorang lecturer di sini. Tapi beliau hanya mampu bertahan. Pesan ustaznya, setiap kali beliau sakit, banyakkan baca Surah Al-Baqarah.

Pagi Khamis itu, beliau berniat utk hadir kuliyah sebab sudah terlalu lama tidak mampu ke kelas. Beliau bangun kira2 jam 4.30 pagi utk solat. Berbekalkan sedikit kekuatan yg digagahkan, beliau ke bilik air utk berwudhu’ dgn memapah dinding dan segala apa yg mampu membantu beliau untuk berdiri.

Habis berwudhu’, beliau jatuh tersungkur, rasa seperti ada yg menolak keras dari belakang. Tika itu beliau sudah tidak mampu berdiri, justeru beliau merangkak ke bilik. Sampai saja di bilik, beliau ketuk pintu dan rebah di depan bilik tersebut. Disebabkan sakit yg mungkin dah tak tertanggung, dengan spontan beliau niatkan, “Ya Allah, kiranya mati itu baik untukku, aku redha, tapi kiranya Engkau ingin aku terus hidup, aku ingin dengar kata-kata semangat drpd Rasulullah s.a.w. sendiri..”

Kemudian beliau pengsan. Sahabat2 sebilik mengangkat beliau ke dalam biliknya dan di baringkan di sana . Waktu itu, sahabat2nya telah pun ‘forward message’ pd rakan2 yg lain agar dibacakan surah Yasin kerana beliau nampak sudah nazak. Malah mereka telah sedia dgn nombor2 ahli keluarganya utk dihubungi kiranya ada apa2 berlaku dengan izin Allah.

Kira2 jam 11 pagi itulah, ketika tertidur dgn tenang dalam waktu qoilullah, beliau bermimpi. Beliau sedang terbaring dalam keadaan memakai telekung dgn tangannya diqiam seperti dalam solat di suatu tempat asing yang sangat cantik. Beliau terbaring di sebelah mimbar dan kelihatan banyak tiang di sekitarnya. Tiba-tiba datang seorang Hamba Allah dgn wajah yang bercahaya dari arah depan dan berdiri hampir sekali, kira2 2 meter dari beliau. Wajahnya SubhanaLlah..indah sekali, tak dapat nak digambarkan. Beliau tertanya2, siapakah orang ini? cantik sekali kejadiannya dan hati beliau rasa sangat tenang dgn hanya melihat wajahnya. Dirasakan seluruh kesengsaraan yg ditanggung selama ini lenyap begitu sahaja. Kemudian, Hamba Allah itu mengatakan, “Assalamu’alaikum, ana Rasulullah..”

Subhanallah..baginda Nabi rupanya! Nabi memakai jubah putih dan kain serban berwarna hijau di atas bahu baginda. Beliau nampak dgn jelas mata Baginda Nabi, janggut Baginda, rambut Baginda, kain serban di atas bahu Baginda dan tubuh Baginda. Kemudian Nabi katakan “Enti fil masjidi” (kamu sekarang berada di masjidku, Masjid Nabawi).. Allahuakbar! Kemudian Baginda Nabi s.a.w. berkata: QalAllahuta’ ala; “InnaAllahama’ assobirin” (sesungguhnya Allah bersama orang2 yg sabar). Ketika mendengar suara Nabi mengalunkan Kalamullah, terasa bergema suara merdu Nabi di seluruh alam. Sememangnya Baginda sebaik-baik kejadian dan diciptakan dgn penuh kesempurnaan. Nabi katakan (dalam lughahl arab, tp diterjemahkan di sini) ; “Ya Syamimi, dengan berkat kesabaran enti, dgn sakit yg enti tanggung selama ini, dan dgn berkat Al-Quran yg enti pelihara di dlm hati, maka Allah bukakan hijab utk enti nampak saya..”

Ketika Nabi menyebut Ya Syamimi, terlintas di hatinya “Ya Allah..Baginda kenal ummatnya!”. Ya Rasulullah… Ketika itu, beliau dapat merasakan baiknya Allah, memberikan nikmat yg begitu besar buat dirinya.

Kemudian Nabi katakan lagi; “Sampaikan salamku buat sahabat2 seperjuangan Islam. InsyaAllah, kita semua akan berjumpa nanti..” Nabi s.a.w. kemudian melafazkan; “Ummati.. ummati..ummati…” dan beliau nampak jelas Nabi menangis saat itu. Beberapa titisan airmata Baginda yg suci mengalir utk ummat Baginda!

Kemudian Baginda Nabi melangkah pergi. Beliau merintih, “Jangan pergi Ya Rasulullah..” tetapi Baginda tetap pergi. Subhanallah, walaupun kita tak pernah bersua dgn Nabi yg mulia, Baginda kenal dan sentiasa ingat akan ummatnya. Beliau sendiri tidak pasti, apakah Baginda menangis kerana rindu kepada ummatnya, atau mungkin saja baginda sedih dgn ummat akhir zaman ini? wallahua’lam…

Sedar daripada tidur yg amat indah pengisiannya itu, beliau masih dikelilingi oleh rakan2 yg turut terdengar rintihan beliau dalam tidurnya “Jangan pergi Ya Rasululah…” Beliau kemudian menceritakan kpd para sahabat tentang mimpinya sekaligus menyampaikan salam Rasulullah buat ummat Baginda. Semua yg mendengar menangis lantaran rindu pada Nabi. Rasa malu pada Nabi krn kita jarang2 ingat pada Baginda sedangkan kita amat terhutang budi padanya. Lebih2 lagi kita sedar bahawa hanya syafaat Bagindalah yg dikejar di akhirat kelak.

Ya Allah..ketika itu, tiada kata yg lebih tinggi drpd kalimah Alhamdulillah utk di rafa’kan pada Allah atas ni’mat yg begitu besar yg Allah berikan pada dirinya. Rasa tak layak dirinya menerima anugerah dgn ujian yg hanya sedikit berbanding insan2 yg lebih berat diuji oleh Allah. Kiranya ada kalimah pujian yg lebih tinggi dr Hamdalah, pasti akan beliau sebutkan buat Allah Yang Maha Kaya. Semuanya terangkum dalam Rahmat-Nya yg melimpah ruah.

Rasa sakit masih menular di tubuhnya. Cuma kali ini dia bertekad tidak akan menangis lagi utk kesakitan ini. Usai solat Zuhur, rasa sakit yg ditanggung makin hebat. Tak pernah beliau merasakan sakit yg sebegitu rupa. Terasa panas seluruh badan dan seluruh tubuhnya rasa ditikam pada setiap penjuru. Kalau dulu, beliau akan menangis dalam menghadapi kesakitan, namun pada waktu itu beliau pujuk diri utk tidak menangis. “Apa sangatlah sakit yg aku tanggung ini berbanding nikmat yg Allah telah bagi utk melihat Baginda Nabi s.a.w..” Kemudian beliau tidur. Beliau terus rasakan berada di tempat tinggi, tempat yg biasa hadir sepanjang beliau menerima gangguan. Beliau katakan “Ya Allah, apa lagi yg hendak Engkau berikan buat hambamu yg hina ni, rasa malu sangat dengan-Mu Ya Allah…”

Kemudian dgn izin Allah, datang empat orang yg berpakaian serba hijau. Salah seorang daripadanya mengatakan; “Assalamu’alaikum Ya Syamimi..Rasulullah s.a.w. sampaikan salam buatmu. Kami utusan Rasululah..Nahnu khulafa’ ar-rasyidin. Ana Abu Bakr, ini Ummar Al-Khattab, Uthman bin ‘affan dan Ali..”

Subhanallah..Saidina Abu Bakr memperkenal dirinya dan ketiga2 sahabat yg mulia. Beliau nampak sendiri, Saidina Abu Bakr yg amat lembut perwatakannya, Saidina Ummar dgn wajah tegasnya, Saidina Uthman yg cantik sekali dan Saidina ‘Ali yg agak kecil orangnya. Para Sahabat mengatakan; “Kami diutuskan oleh baginda Nabi utk membantu enti..”

Kemudian keempat2 mereka membacakan ayat 102 surah Al-Baqarah yg bermaksud: “Dan mereka mengikuti apa yg dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman. Sulaiman itu tidak kafir tetapi syaitan-syaitan itulah yg kafir, mereka mengajarkan sihir pada manusia dan apa yg diturunkan pada 2 malaikat di negeri Babylon iaitu Harut dan Marut. Padahal keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang sebelum mengatakan ’sesungguhnya kami hanyalah cubaan (bagimu) sebab itu janganlah kafir.’ Maka mereka mempelajari dari keduanya (malaikat itu) apa yang (dapat) memisahkan antara seorang (suami) denagn isterinya. Mereka tidak akan dapat mencelakakan seseorang dgn sihirnya kecuali dengan izin Allah. Mereka mempelajari sesuatu yang mencelakakan, dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan sungguh, mereka sudah tahu, barang siapa membeli (menggunakan sihir) itu, nescaya tidak akan mendapat keuntungan di akhirat. Dan sungguh, sangatlah buruk perbuatan mereka yang menjual dirinya dgn sihir, sekiranya mereka tahu..”

Selesai membaca ayat itu, para sahabat Nabi menghembus pada makhluk2 yang sedang mengganggu beliau dan mereka semua hancur terbakar. Subhanallah..waktu itu terus terasa seolah2 tubuhnya yg sakit dahulu ditukarkan Allah s.w.t. dgn tubuh yg baru. Hilang segala kesakitan yg setahun lebih ditanggung beliau dgn sabar.

Saidina Abu Bakr mengatakan; “Inilah ganjaran besar dari Allah buat orang-orang yang sabar..” Kemudian, para sahabat Nabi yg mulia pun pergi meninggalkannya. Selesai mimpi indah yg kedua ini, beliau bangun dr tidur dan terus duduk. Rakan2 sebilik pelik, kenapa beliau dapat bangun dan duduk dgn mudah . Kemudian sahabat2nya itu menyuruh beliau bangun berdiri dan alhamduliLlah..dgn mudah beliau bangun berdiri dan berjalan d sekitar bilik. “Ya Allah, penyakit ana dah sembuh..”

Semua sahabat yang ada di situ bergembira dan menangis. Kemudian beliau segera ke bilik air untuk berwudhu’. Dengan tubuh yang ‘baru’, beliau sujud syukur pada Allah s.w.t. “Ya Allah, kiranya di beri tempoh sujud 100 tahun pun belum dapat diriku menjadi hamba-Mu yg bersyukur atas nikmat yg telah Engkau berikan..” Beliau berpesan pada kami; “Adik-adik, wajarlah para sahabat Nabi yang mulia sanggup mati demi mempertahankan Baginda. Akak yang diberi rezeki melihat Nabi tak sampai pun 5 minit dah rasa tak sanggup berpisah dengannya. Kalau boleh, nak duduk je di bilik untuk beribadah pada Allah dan mengenang wajah Nabi yg mulia. Tapi menyedari banyak lagi taklifan dan tanggungjawab kita atas muka bumi Allah ini, maka hidup mesti diteruskan. Sekarang ini hati akak tenang sangat..kalau boleh, nak je akak pinjamkan hati ni walau hanya sesaat agar adik2 dapat merasakan betapa beningnya hati ini. Tapi itu tak mungkin kan , mungkin ini bahagian akak, bahagian kalian? Hanya Pemiliknya Yang Maha Tahu. Akhir sekali akak ingin katakan, tak rugi kita bersabar…”

Nabi, keperibadiannya indah. Cerminan al-Quran katanya ‘Aisyah ra. Dari semua aspek kehidupan, diperagakannya hanyalah kesyumulan. Allah mengajar manusia berkehidupan di muka bumi ini melalui baginda. Menuruti sunnahnya adalah pahala. Kasih sayangnya tiada bertepi, dari yang kecil hingga yang tua, dari hamba hingga ke bangsawan, dari dulu sampai sekarang, hingga ke akhirnya.. Dialah peribadi unggul sepanjang zaman. Mencintainya suatu kemuliaan…

Pernah suatu ketika Rasulullah berkumpul didalam satu majlis bersama para sahabat. Tiba-tiba bergenang air mata baginda s.a.w. Para sahabat gelosah melihat sesuatu yang tidakmereka senangi di wajah Rasulullah saw. Bila ditanya oleh Saidina Abu Bakar ra, baginda mengatakan bahawa terlalu merindui ikhwannya.. Saidina Abu Bakar sekali lagi bertanya Rasulullah saw, “bukankah kami ini ikhwanmu?” Rasulullah menjawab, “Tidak, kamu semua adalah sahabatku.. ikhwanku adalah umatku yang belum pernah melihat aku tetapi mereka beriman dan sangat mencintaiku… Aku sangat rindu bertemu dengan mereka..” Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya (al-Ahzab:56)

p/s: sungguh…berderaian air mataku mengalir..daku rindu akan dirimu..Ya Rasulullah! (kisah ini dinukilkan oleh sahabat Syamimi hasil pengalaman benar yang telah dilalui..pernah disebarkan melalui e-mel & blog sebelum ini..) sesungguhnya,ana sangat bersyukur kerana dilahirkan didunia ini sbgai ummat nabi Muhammad S.A.W… banyakkan lah berselawat dan mendengar zikir..insyaAllah kita semua akan mendapt syafaatnya di Akhirat kelak..wallahu’alam.

seriously..aku tergamam bc ceta nie..kalo nk bandingkan dgn aku...
kerdilnya rsa...bru dh di uji ckit..aku dh down sgt2..
aku xtabah..aku xsabar...
....ya ALLAH...

Monday, April 26, 2010

sorry, i cant accept your silly reason.

empty.hate.devastating.frust.anger.
words that could describe my feeling n thought rite now
all this while
i kept myself for not to write every single things bout it in here.
coz i dun want to memorize those fucking days.
lets bygone be gone.
but i had enough today.this is my limit
disgusted seeing me standing up in the middle of fight..?
what a rubbish!
grow up puhlezzz!!
sorry, i cant accept your silly reason.
fake.

Sunday, April 25, 2010

kEpErGiaNmU kU tAnGisI

wuarghhh...sgt sadis arinie...rasa nk teriak kuat2..rasa cm nk menjerit kuat2....malangnya naseb aku....kenapa..??? mengapa..?? oh...! kasihan. begini ceritannya....
pagi tadi aku bgon dgn penoh cahaya kebahagiaan..kira-kira pkul 12.37 tgh hari...besa bro! nma pon weekend kn... so dlm keadaan terhuyong-hayang aku pon trus la nk p mnd...setelah usai adegan gosok menggosok gigi...maka aku ingin kembalikan si berus gigi tersebut di tempatnya..tiba2..tidakkkkkkk!!!!! rupanya aku dh lemparkan berus gigi dalam lobang bilik mandi..dem u lobang bilik mandi! aku syg berus gigi tu tau ak..!! aku syg dia sgt2! baru beli kot...kale purple lg...wargggh!! sedihnya! bros gigi aku yg sblom2 ni pon asik jadik mgsa lobang tu gk...dh 3 batang termasok arini pny..again..dem u lobang bilik mandi..(^____^")
kpd si purple bros gigi...aku akn mengingatimu..selamat tinggal~~~

Saturday, April 24, 2010

pEnGisLahAn..

...i want that..
...i need that...
...for sake...
...my sake....

....ya ALLAH..
..please forgive me for the wrong i've done..
..ya ALLAH..
give me another chance to prove that I can pass..
...please guide me and protect me along the straight path...

..dear ALLAh..
plezz bless this servant
...amin..


Wednesday, April 21, 2010

...r0uD t0uR t0 pEnAnG.....



no need to elaborate...juz look at the enjoyment through picture...(@.~)

::me with ain::
::me with ana::
::ain with ana::

::three of us::
::me n myself::



oh yA..meet mr Salehan




.......ain's paraphernalia....
...mAy hApPiLy eVeR AfTeR..




p/s: sayur nk sayur..?? hek2

Friday, April 2, 2010

~~bErcANdA di tEpIaN jErAm~~


....unplanned planing....
ptg td...sdg kebosanan melayan angan2
tba2 nisa ckp tingin nk mkn eskrem cokelat

..so aku pun dgn baik tulus mulus nk full filled kn gelora ati dia..
..nk pnjm moto iera...
...pastu iera ckp dia nk g jeram...
so..i've came out with dis idea...
jOm bli eskrem cokelat dan mkn kt jeram..
....sambil smbut besday ki....
...huhu...
...jeram yg sgt cantek...
...im speechless...
...oleh itu...
.....lihatlah....
...tataplah...
hehehe







oh ya...hepy besday KI....*wink2*

...eNtrY bAsi...




disebabkan ribut kemalasan yg melanda.....terlupa nk update entry about BIGgest loser...huhu..
semalam bila kena wat report bru tingat...nah amek nie....

Laporan Kem Bina Insan Guru (BIG), Siri 2 tahun 2010.

Oleh : Shafikah bt Pengiran

Unit : PISMP H8 (Ambilan Julai, tahun 2008)

Program Bina Insan Guru(BIG) ini diwujudkan untuk melahirkan guru-guru yang mempunyai kemantapan akhlak, nilai-nilai kerohanian dan keguruan, daya ketahanan yang tinggi serta aura keguruan selaras dengan prinsip Rukun Negara, Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru. Program ini juga diadakan kerana mempunyai objektif yang tersendiri. Objektif kem Bina Insan Guru ialah untuk menunjukkan dan mengetahui ciri-ciri insan yang berakhlak mulia dan patuh kepada ajaran agama. Objektif yang kedua ialah bakal guru mempunyai ketahanan fizikal dan mental serta semangat juang yang tinggi dalam diri. Objektif yang lain ialah supaya bakal guru dapat menguasai kemahiran menguruskan diri dan kumpulan serta masa dengan betul dan berkesan. Objektif BIG juga adalah untuk bakal guru dapat menguasai kemahiran asas interpersonal. BIG ini dilaksanakan juga adalah untuk memperkembangkan potensi sebagai insan melalui pembinaan portfolio dengan mengamalkan refleksi dan penilaian kendiri.

Sebagai salah seorang pelatih guru, saya juga tidak terkecuali menyertai kem BIG ini. Oleh itu, pada 22 hinggalah 25 Februari 2010 yang lalu, saya telah menghadiri kem Bina Insan Guru (BIG) siri 2 bertempat di Pusat Latihan Kokurikulum, Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Ipoh. Unit yang turut terlibat dalam kem BIG siri 2 ini ialah unit Pengajian Melayu 3, Pengajian Tamil, Pemulihan, dan Matematik. Jumlah semua guru pelatih yang terlibat ialah 74 orang dan seramai 17 orang pensyarah terlibat yang terdiri daripada jurulatih-jurulatih serta tutor kelas masing2. Kem ini telah diketuai oleh Tn. Hj. Zahari b. Mohd Sarji.

Sebelum kem Bina Insan Guru bermula, semua unit yang terlibat berkumpul terlebih dahulu untuk melantik ahli jawatankuasa untuk memastikan segala aktiviti berjalan dengan lancar. Antara lantikan-lantikan yang dibuat termasuklah jawatan pengerusi, naib pengerusi, setiausaha, bendahari dan ketua plantun. Selain itu, lantikan jawatan kuasa perlaksa juga dilantik misalannya ajk makanan, peralatan, hadiah dan sebagainya.

Selain itu, setiap pembahagian kerja seperti jadual memasak dan jaga malam juga dilakukan dengan adil antara kelas untuk memudahkan lagi perjalanan kem ini

Hari/masa

11.30-1.30 pagi

1.30-3.00 pagi

3.00- 5.30 pagi

22 Feb 2010

Kumpulan 1

(unit H3)

Kumpulan 2

(unit H3&H8)

Kumpulan 3

(unit H3&H8)

23 Feb 2010

Kumpulan 4

(unit H3&H8)

Kumpulan 5

(unit H3&H8)

Kumpulan 6

(unit H9)

24 Feb 2010

Kumpulan 7

(unit H9)

Kumpulan 8

(unit H7)

Kumpulan 9

(unit H7)

Jadual 1 menunjukan jadual bertugas malam untuk para guru pelatih.

Isnin, 22 Februari 2010.

Kami berkumpul di dataran PULAKO pada hari pertama sekitar jam 2 petang untuk mendengar taklimat kem yang disampaikan oleh ketua kem dan setiap jurulatih. Taklimat yang diberikan adalah berkaitan dengan keselamatan dan peraturan yang perlu dipatuhi sepanjang berada di kem. Kami juga diberikan penerangan yang teliti tentang aktiviti-aktiviti yang akan kami jalankan sepanjang kem ini diadakan. Antaranya ialah, aktiviti kembara, aktiviti air, dan juga LDK bersama dengan tutor masing-masing. Kami turut dikenalkan dengan semua jurulatih yang terlibat dengan program ini. Senarai jawatankuasa jurulatih adalah seperti berikut :

TUGAS

NAMA JURULATIH

Ketua Kem

Tn. Hj. Zahari b. Mohd Sarji

Penolong Ketua Kem

Tn. Hj. Abdul Rani bin Hassan

Ketua Jurulatih Air

En. Sabri b. Tan

Jurulatih Air

En. Yusri bin Mat Johor

Ketua Jurlatih Darat

En. Hamzah bin Shamsudin

Jurulatih Darat / Pen. Kabajikan

En. Shamsudin b. Abu Bakar

JK Makanan (Ketua) / Kebajikan

Pn. Hayati binti Mat Desa

Ketua Fasilitator

En. Mohd Nizam b. Mohd Tejeri

Ketua JK Alatan

En. Noor Azmi b. Osman

JK Kerohanian / Moral

Ustaz Zakaria bin Zainuddin

Tutor PM 3

Tn. Hj. Mokhtar b. Rais

Tutor PEMULIHAN

En. Ahmad Jalalulail b. Abd Manap

Tutor PT

En. Kathasamy A/L Sundra Rajoo

Tutor MATHEMATICS

En. Khairil Anuar bin Zulkarnain

Urusetia

En. Baharudin b. Lem

Urusetia

En. Kamal B. Sudan

Urusetia

Pn. Nur Haizam bt Mohd Suhaidi


Setelah selesai taklimat di dataran PULAKO, kami diarahkan untuk mendirikan khemah di tapak perkhemahan. Kami membahagikan kumpulan untuk memasang khemah masing- masing. Satu kumpulan terdiri dari 3 atau 4 orang mengikut jenis khemah yang diperolehi. Saya dan ahli kumpulan saya dapat memasang khemah dengan lancar dan bekerjasama dengan baik dan khemah kumpulan saya berjaya didirikan.

Sebelum memasang khemah, kami diberikan penerangan tentang cara dan teknik pemasangan yang betul. Sebelum mendirikan khemah, kita perlulah memeriksa kawasan sekeliling supaya tidak mendirikan khemah di kawasan yang bahaya. Pintu khemah perlulah mengikut lawan arah angin supaya khemah tidak diterbangkan angin.

Setelah selesai mendirikan khemah, kami menikmati bubur gandum dan air teh sebagai minum petang. Selepas itu, aktiviti kawad kaki bermula pada pukul 5 petang. Aktiviti ini di ketuai oleh ketua kem iaitu En. Mohd Nizam. Kami mempelajari teknik berdiri , cara sedia diri dan senam diri yang betul. Kami berlatih kawad kaki selama 1 jam. Latihan kawad kaki ini selesai kira-kira pukul 6 petang. Setelat itu, kami diberi masa untuk pengurusan diri dan bersedia untuk solat Maghrib secara berjemaah. Sesi tazkirah dijalankan sebaik saja selesai solat. Tazkirah pada malam itu disampaikan oleh wakil pelatih dari kelas Pengajian Melayu yang bertajuk Kepentingan Ilmu. Kami juga melakukan sesi perbincangan dengan semua jemaah dan saling bertukar pendapat Setiap insan perlu mencari ilmu untuk kelansungan hidup. Orang yang berilmu juga akan dipandang tinggi oleh orang lain. Allah juga suka akan orang yang suka mencari ilmu dan akan memurahkan rezeki orang yang berilmu. Selesai sesi tazkirah, kami akan sembahyang solat Insya’ secara berjemaah pula. Ketika pelatih-pelatih muslim menunaikan solat, para pelatih bukan muslim pula berkumpul di Dewan Sri Keledang untuk pengisian rohani.

Selesai sahaja solat berjemaah, kami menikmati hidangan malam beramai-ramai sebelum meneruskan aktiviti yang seterusnya kira-kira jam 9 malam. Aktiviti malam itu dimulakan dengan ice breaking. Aktiviti ini sekali lagi dikendalikan oleh En. Nizam. Untuk ice breaking ini, kami telah diminta untuk mencari kumpulan masing-masing berdasarkan bulan kelahiran. Bulan kelahiran saya ialah Januari dan kami berjaya mencari kumpulan masing-masing dalam masa hanya kurang dari 10 minit. Semasa berada dalam kumpulan ini, kami telah diminta untuk membuat satu trademark berdasarkan bulan kelahiran masing-masing dan persembahkannya. Kami juga diminta berkenalan dan mengetahui latar belakang setiap ahli kumpulan.

Pada pukul 10.30 malam,setelah selesai aktiviti LDK, kami berbincang dan menentukan kata laluan untuk malam itu. Setelah itu, kami beredar ke tapak perkhemahan. Kumpulan yang ditugaskan untuk berjaga malam menjalankan tugas mereka dengan baik secara bergilir-gilir mengikut jadual tugas yang disediakan sehinggalah pukul 5 pagi.

Selasa, 23 Februari 2010.

Kami bangun tidur seawal 5 pagi dan bersiap sedia untuk solat Subuh berjemaah. Selepas itu, tazkirah disampaikan oleh pelajar. Tajuk tazkirah pada pagi itu ialah badan sihat otak cergas. Tazkirah ini juga disampaikan oleh wakil pelatih dari Pengajian Melayu 3 selaku imam pada pagi itu. Pelatih bukan Islam pula seperti biasa mengadakan aktiviti moral di dewan.

Setelah itu, kami berbaris untuk program Malaysia Cergas iaitu senam aroebik. Kami menyanyikan lagu Negaraku, lagu Institut dan lagu negeri Perak dengan bersemangat sambil menaikkan bendera. Setelah itu, setiap ketua kelas akan memberi laporan bilangan ahli kepada ketua kem iaitu Syed Anwar b Syed Muhamad. Kami juga melakukan sedikit regangan untuk memanaskan otot

Sesudah itu, kami akan bersarapan dan bersiap sedia untuk aktiviti kembara. Pada pukul 8 pagi, kami berkumpul dan mendengar taklimat yang berkaitan dengan keselamatan dan tugasan yang perlu dilaksanakan semasa aktiviti Kembara dijalankan. Aktiviti ini dilakukan bersama-sama dengan tutor masing-masing. Kami dibekalkan dengan sepuluh bungkus Megi dan tiga batang mancis sahaja sebelum berangkat. Semasa kembara di hutan, kami perlu melalui laluan yang agak sukar kerana licin dan curam juga agak tinggi. Aktiviti ini memang mencabar fizikal dan mental. Aktiviti ini sangat memenatkan tetapi apabila melihat tutor kami yang bersungguh-sungguh dan tabah, kami kembali bersemangat untuk menghabiskan aktiviti ini.

Kami perlu melalui 4 checkpoint dan menjawab soalan yang diberikan dengan berbincang jawapan bersama-sama dengan tutor. Di checkpoint yang pertama, kami perlu mencari beberapa spesies tumbuh-tumbuhan herba dan membincangkan kegunaannya bersama ahli kelas dan tutor masing- masing. Di checkpoint yang seterusnya, kami diminta untuk menentukan arah timur dan barat. Seterusnya, kami diminta untuk menentukan arah kiblat. Hasil perbincangan bersama tutor, akhirnya kami berjaya mendapatkan arah kiblat yang betul. Kami juga berbincang mengenai ikhtiar hidup dan cara serta teknik betul yang perlu dilakukan jika tersesat di dalam hutan.

Kami juga diminta untuk memasak megi yang dibawa dan menikmatinya beramai-ramai. Kami mencari kayu api dan batu besar di sekeliling kawasan memasak. Kami juga bersama-sama berusaha untuk menghidupkan api. Selesai aktiviti memasak, kami membersihkan kawasan memasak tanpa meninggalkan sebarang sampah dan tanda. Selepas itu, kami meneruskan perjalanan pulang ke Institut. Aktiviti ini tamat pada lebih kurang pada pukul 12 tengahari.

Pada pukul 12 hingga 2 petang, kami diberi masa untuk pengurusan diri masing-masing. Namun begitu, kumpulan saya telah dijadualkan bertugas untuk masak menu tengah hari pada kali ini. Menu masakan tengah hari telah ditetapkan oleh Pn Hayati selaku JK Makanan. Setelah kumpulan saya selesai memasak , kami bersama-sama menikmati hidangan yang disediakan. Selepas itu, kami solat Zohor berjemaah. Pada pukul 2 hingga 5 petang, program Pembinaan Jati Diri 1 diadakan. Program ini dikendalikan dan dipantau oleh fasilitator yang juga tutor kelas masing-masing. LDK pada kali ini tutor saya telah meminta kami untuk menceritakan pengalaman hidup diri sendiri yang dikenali sebagai ‘Graf Kehidupan’. Aktiviti ini sangat menyeronokkan kerana ia member peluang kepada diri untuk mengimbau kenangan silam di samping memuhasabahkan diri.Setelah tamat aktiviti itu, kelas yang bertugaskan masak pula perlu untuk minum petang dan makan malam. Menu kali ini pula ialah cucur udang dan air teh untuk santapan petang.

Selepas solat Maghrib secara berjemaah bersama-sama, kami mendengar tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz Zakaria tentang kepentingan solat. Selepas itu, kami melakukan satu aktiviti yang agak seronok dan dalam masa yang sama dapat memotovasikan diri agar sentiasa dekat di jalan Allah. Aktiviti ini dijalankan secara berpasangan. Kami perlu berdiri mengadap kiblat dan salah seorang perlu menutup mata dengan kain dan pasangannya akan membawa ia berjalan-jalan dan berhenti di satu tempat. Orang yang ditutp mata tersebut perlu kembali ke tempat asalnya yang mengadap ke arah kiblat. Secara tersiratnya, aktiviti ini mahu mengambarkam bertapa terumbang-ambingnya kehidupan seseorang itu jika tidak menunaikan solat kerana tiada pegangan hidup.

Kira-kira jam 9 malam, program Latihan dalam Kumpulan (LDK 2) bermula. Setiap kelas harus mengikut tutor masing-masing. Ada yang mengadakan perbincangan di bawah pokok, dan ada juga di Astaka. Kelas saya memilih untuk mengadakan perbincangan di surau. Di surau, kami mendengar sedikit input yang berkaitan profesion guru dari tutor. Aktiviti kali ini, kami dikehendaki menceritakan sedikit pengalaman bersama guru yang disukai atau sebaliknya semasa di sekolah dahulu dan berkongsikannya bersama dengan rakan sekelas. Setelah itu kami diminta untuk membincangkan tentang sikap positif yang perlu ada dalam diri seorang guru untuk menjadi role model kepada anak muridnya. Kemudian, sebaik sahaja selesai membentangkan tugasan, kami telah mengambil peluang untuk membincangkan tentang lakonan yang akan dipersembahkan pada Malam Kebudayaan.

Kami dibenarkan tidur pada jam 12.30 tengah malam sebaik sahaja kata laluan untuk malam itu diputuskan. Namun begitu, kira-kira jam 2 pagi, semua peserta kem telah diarahkan bangun dan berkumpul di dataran PULAKO. Kami dipanggil berkumpul kerana jurulatih telah mendapati ada di kalangan guru pelatih secara cur-curi telah pulang ke asrama untuk tidur. Oleh itu, satu ‘spot-check’ kehadiran telah dilakukan dan akhirnya mereka berjaya mengesan siapakah guru pelatih yang telah melanggar peraturan tersebut.

Rabu, 24 Februari 2010.

Kami bangun awal pagi seperti biasa dan bersedia untuk solat Subuh berjemaah. Selepas itu, kami mendengar tazkirah yang disampaikan oleh pelajar. Setelah selesai tazkirah, kami berkumpul dalam barisan mengikut kelas untuk aktiviti Malaysia Cergas. Setiap ketua kelas dikehendaki melaporkan bilangan ahli kepada ketua kem. Kami menyanyikan lagu Negaraku, lagu institut dan lagu negeri Perak sambil menaikkan bendera. Selepas itu, kami melakukan sedikit senaman pagi untuk memanaskan badan untuk aktiviti yang seterusnya dan bersarapan


Pada pukul 8 pagi, kami mendengar taklimat mengenai keselamatan yang perlu diberi perhatian semasa berada dalam air yang disampaikan oleh jurulatih air iaitu En Sabri Tan. Kami juga diajar cara yang betul untuk memakai
life jaket. Namun begitu, aktiviti kami ini tergendala seketika dek kerana cuaca pada pagi ini tidak begitu baik dan hujan lebat berserta angin kuat yang telah menyebabkan khemah kami dimasuki air dan terbang. Untuk mengelakkannya daripada rosak, kami telah diminta untuk membuka khemah masing-masing dan meletakkannya di dalam Dewan Sri Kledang.

Setelah semua urusan membabitkan khemah selesai, kami mula bergerak ke Majlis Bandaraya Ipoh menaiki bas institut. Kami menggunakan kolam renang di sana untuk aktiviti ‘water confident’. Sebelum memasuki kolam renang, kami sekali lagi melakukan regangan dan mendengar arahan yang diberikan oleh En Sabri. Kami diajar teknik berenang yang betul dimulai dengan cara untuk mengampungkan diri. Aktiviti ini telah dilakukan secara berpasangan. Setelah kemahiran ini dikuasai barulah kami diajar cara-cara untuk berenang. Terdapat beberapa teknik untuk berenang antaranya ialah kuak lentang, kuak kupu-kupu dan kuak bebas.

Pulang dari aktiviti air, kami terus kembali ke khemah masing-masing dan mendirikannya semula. Selepas pengurusan diri, kami menunaikan solat zohor berjemaah dan makan tengah hari. Usai makan, sesi LDK 3 pula bermula. Kali ini, tutor telah meminta kami untuk melakukan refleksi berseorangan di hadapan kelas tentang pengalaman BIG. Selesai LDK, kami minum petang dan kemudian, semua guru pelatih mula sibuk dengan pengurusan Malam Kebudayaan yang akan dihadiri oleh tuan pengarah dan semua ketua jabatan. Kami melakukan kerja secara bergotong-royong di mana ajk masakan bertungkus-lumus menyediakan menu iaitu chicken chop manakala ajk peralatan pula sibuk menguruskan persiapan tempat.

Majlis Malam Kebudayaan dimulakan pada pukul 8 malam dimulakan dengan bacaan doa. Majlis juga diserikan dengan kehadiran Tn Hj. Abd Kadir b. Basiran, Pengarah IPG kampus Ipoh bersama barisan pensyarah-pensyarah. Kami menikmati makan malam dan Chicken Chop sambil melihat persembahan dari semua kelas yang terlibat. Kelas saya telah mempersempahkan lakonan yang diselitkan dengan boria. Lakonan kami berkisar tentang kenakalan remaja zaman sekarang yang akhirnya membawa padah. Persembahan-persembahan pada malam itu sangat menarik dan mempunyai mesej yang tersirat untuk direnungi. Setiap persembahan juga dinilai oleh hakim-hakim yang telah dijemput khas. Perjalanan majlis juga berjalan dengan lancar dan sempurna dan majlis tamat kira-kira jam 12 malam. Setelah tamat majlis, kami bergotong-royong untuk mengemas kembali pentas, meja dan kerusi, serta semua peralatan yang digunakan sepanjang kem ini.

Khamis, 25 Februari 2010

Hari ini merupakan hari terakhir Program Bina Insan Guru. Selepas Solat Subuh, peserta beragama Islam berpeluang mengikuti kuliah Subuh yang disampaikan oleh Ustaz Zakaria. Seterusnya sebelum menikmati sarapan, peserta berkumpul di dewan untuk mengikuti senaman pagi iaitu Malaysia Cergas. Seperti biasa kami perlu melaporkan diri dan menyanyikan lagu patriotik dan menaikkan bendera. Seperti biasa selepas selesai sesi itu, kami bersarapan pagi dan bergotong royong membersihkan kawasan kem mengikut kelas masing-masing. Kelas saya ditugaskan untuk membersihkan Dewan Sri Kledang yang akan digunakan semasa majlis penutupan.

Kira-kira pukul 8 pagi, kami semua perlu berkumpul di Dewan Sri Kledang untuk program refleksi dan rumusan yang dikendalikan oleh Tuan Haji Abdul Rani bin Hassan. Dalam sesi ini, kami perlu menyatakan apa yang kami perolehi melalui aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan sepanjang berada di kem ini. Tuan Haji Rani juga membuat rumusan tentang objektif segala aktiviti yang telah dijalankan. Selepas itu, majlis penutup dimulakan dengan ucapan dari pengerusi jawatankuasa program BIG siri 2 iaitu Tan Wei Kian. Selepas itu, kami mendengar pula ucapan dari ketua kem Iaitu Tn. Hj. Zahari dan seterusnya ucapan dari Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Ipoh iaitu Tuan Haji Isa. Majlis penutup kem Bina Insan Guru Siri 2 juga dirasmikan oleh Tuan Pengarah. Setelah itu, majlis diteruskan lagi dengan upacara penyampaian hadiah untuk aktiviti-aktiviti sepanjang kem BIG.

Setelah selesai majlis penutup, kami perlu mengemas semua peralatan dan memeriksa peralatan untuk mengetahui jika ada peralatan yang rosak. Kami juga perlu mengemas khemah dan barang kendiri. Setelah selesai mengemas, kami perlu menyimpan semula semua peralatan tersebut di stor alatan institut. Semua aktiviti mengemas dan menyimpan barang dilakukan bersama-sama antara kelas.


knapakah entry kali nie sgt skema..?? hahah...

oh ya....disebabkan BIG ini juga aku telah mendapat ciuman seekor katak yg menceroboh masok dlm khemah... ini suma gara-gara puteri katak tu*batuk2*